Wednesday, March 2, 2011

KUIH BARONGKO - MAKANAN KEBESARAN MASYARAKAT BUGIS

Kuih Barongko merupakan sejenis kuih makanan kebesaran masyarakat Bugis.
Bagi saya, makanan ini memang cukup enak dimakan terutama sekali semasa
berbuka puasa. Kuih ini selalunya akan disimpan dalam peti
sejuk agar ia lebih menyelerakan apabila dimakan. Sepanjang 15 tahun saya tinggal
di Semenanjung dan di Sarawak, satu  kali pun saya tidak pernah terjumpa kuih ini dijual
di pasar-pasar malam, pasar ramadhan dan lain-lain tempat. Biasanya, saya hanya akan
terjumpa kuih-muih seperti kuih onde-onde, lepat pisang, tepung manis, dan sebagainya. 
Begitu juga di Sabah dan sarawak memang agak sukar menjumpai kuih
ini di jual di pasar-pasar. Kalau adapun mungkin dibuat sendiri di rumah. 

Bagi masyarakat Bugis, memang sudah tahu kelazatan kuih ini. Selalunya kuih ini
di sajikan pada majlis-majis tertentu dan dihidangkan pada tetamu.
Saya tidak tahu sama ada, anak-anak pada generasi sekarang ni masih tahu untuk membuat
kuih ini lagi. Tetapi yang pasti kuih ini memang kira saya punya favourite food.

Tidak lupa juga saya berikan  cara-cara membuat kuih ini.

Bahan-bahan:
500 gram Pisang tanpa tengah pisang (Buangkan yang warna hitam)
7 butir Telur
250 gram Gula Pasir
1000 cc Santan

Cara membuat:1. Pisahkan antara tengah pisang dengan bahagian luar pisang.
    Kemudian timbang.
2. Haluskan menggunakan blender bahan-bahan pisang, telur, gula pasir,
    dan santan hingga tercampur rata dan tuangkan ke dalam bekas.
3. Takar adunan (jangan terlalu penuh) ke dalam daun pisang yang telah
    di bentuk menyerupai bungkusan sebelumnya. Dan tutup atasnya
    menggunakan lidi atau stepler. (lihat gambar )
4. Kemudian kukus sekitar 30 minit.

Selamat mencuba!


1 comment:

  1. 카지노 가입 쿠폰 카지노 가입 쿠폰 matchpoint matchpoint bet365 bet365 다파벳 다파벳 william hill william hill m88 m88 코인카지노 코인카지노 메리트카지노 메리트카지노 609

    ReplyDelete