Friday, March 4, 2011

HIKMAH YANG TERSEMBUNYI SEMASA BERSUJUD

Ulama' mengatakan ketika kita sujud dalam solat waktu itulah masa kita paling hampir dengan Allah SWT. Sebab itulah kita digalakkan bersujud lebih lama ketika bersolat. Solat juga dapat melegakan sistem pernafasan  dan dapat mengembalikan kedudukan organ ketempat asalnya. Sewaktu kita sujud dengan bernafas dapat:
  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundit peranakan yang jatuh.
  • Melegakan sakit hernia (burut).
  • Dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Melegakan paru-paru ketika ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian pelvis.
  • Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika sujud dan bangun dari sujud.
  • Pergerakan otot itu menjadikan otot lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi yang terhindar daripada sakit buah dada.
  • Mengurangkan kegemukan.
  • Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  • Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud dapat membuatkan kita rasa rendah diri di hadapan Allah SWT, sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening, migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentality seseorang.



Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak di masuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup berfungsi secara normal dan sempurna. Ketika kita sujud dalam solat, ruangan yang darah tidak sampai itu akan dimasuki darah.

No comments:

Post a Comment